10 Langkah yang Perlu Diambil untuk Menyertai Pembidaan Rumah Lelong

Spread Our Posts

1. Kenal pasti rumah yang bakal dibeli – Anda boleh kenal pasti rumah-rumah yang dilelong di platform. Selain itu, maklumat-maklumat ini juga diiklankan di akhbar.

2. Buat kajian mengenai rumah tersebut – Dapatkan pengisytiharan jualan (POS), dan dapatkan carian hakmilik rumah tersebut. Ini akan membantu anda untuk mengetahui lokasi serta ciri-ciri rumah yang akan dilelong itu.

3. Periksa rumah yang bakal dilelong – Jangan hanya bergantung kepada huraian pada iklan  sahaja! Pergi ke lokasi rumah yang bakal dilelong supaya anda mengetahui keadaan persekitaran di sana.

4. Hubungi pelelong dan ejen jualan untuk mendapatkan maklumat tambahan yang tidak terkandung dalam huraian dan iklan.

5. Sediakan draf bank dengan jumlah lebih kurang 10% dari harga bidaan.

6. Daftarkan diri untuk hari lelongan dan dapatkan terma dan syarat jualan dari pelelong. Kad bidaan dengan nombor akan diberi sebagai tanda pengenalan sewaktu proses lelongan.

7. Baca terma dan syarat proses lelongan, dan dapatkan pengesahan dari pelelong sekiranya ada maklumat yang tidak jelas sebelum lelongan bermula.

8. Bidaan bermula sebaik sahaja pelelong membuat pengumuman. Pembida akan menggunakan kad mereka untuk membida (proses bidaan ini mungkin berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain).

9. Pembida yang berjaya ialah pembida dengan harga tertinggi sewaktu proses pembidaan. Apabila pelelong mengetuk mallet, rumah tersebut berjaya dijual.

10. Tandatangani kontrak jualan, dan kemudian pembida akan menerima kontrak yang telah dicap selepas semua proses berjalan. Hubungi bank untuk proses pembiayaan.

Sumber: CompareHero. (2018, September 19)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.